ANDONG WARISAN adalah sebuah syarikat pembuatan dan
pengeluaran songkok yang berasal dari Batu Pahat, Johor dan telah di ilhamkan oleh
Tuan Hj Mohd Repangi Bin Hj Arba’i.
Beliau adalah seorang Guru yang amat menyayangi bangsanya dan risau akan
arus kemodenan mampu menenggelamkan segala warisan Melayu sehingga segala
warisan Melayu akan pupus ditelan zaman..
Dengan ini Beliau mendapat idea dan ilham untuk mencuba menghasilkan satu
perniagaan pembuatan Songkok yang dapat mewariskan Warisan Melayu pada masa
akan datang..
Beliau telah menggunakan nama produk “ Repangi ” sebagai jenama Songkok
yang telah beliau hasilkan. Syarikat ANDONG WARISAN ini juga adalah 100%
Hak milik bumiputera dan telah ditubuhkan pada tahun 1970.
Beliau memulakan perniagaan songkok ini secara kecil-kecilan sehingga
mendapat permintaan yang banyak daripada orang ramai sehingga pengasas
merasakan bahawa ingin menjadikan
perniagaan ini sebagai Platform kepada pewaris dan pelapis pada masa akan
datang agar Warisan Melayu tidak hilang
ditelan Zaman.
Pengasas merupakan seorang yang berfikiran jauh serta mengharapkan
bangsanya tidak akan lupa tentang sejarah kemelayuan. Ini kerana arus kemodenan
semasa mampu menghilangkan Warisan Melayu dalam pemikiran anak-anak bangsanya.
Ini mungkin kerana sifat dan naluri beliau sebagai seorang Guru serta pendidik
yang membuatkan beliau amat menyayangi masa depan anak- anak bangsanya..
Tujuan utama syarikat ini adalah untuk memperkenalkan di mata dunia tentang
Sejarah,Cara Kehidupan dan Pemakaian di Alam Melayu supaya Masyarakat di serata
Dunia dapat mengenali dan belajar serta berkongsi keistimewaan yang dimiliki
oleh masyarakat Melayu.
Pengeluaran dan penghasilan produk songkok ini dikelolakan oleh individu
yang berkebolehan dan berkemahiran bagi mengisi permintaan pelanggan di seluruh
Malaysia dan Antarabangsa..
Selain itu,Songkok keluaran kami ini adalah 100% hasil buatan tangan yang
berpengalaman.Kami mempunyai pelbagai jenis kain baldu yang berkualiti tinggi
serta memiliki rekaan dari yang klasik dan juga moden.Kami yakin anda akan
berpuas hati dengan songkok keluaran kami kerana kami amat mementingkan
kualiti.Pembuatan yg halus dan terperinci serta dihasilkan oleh anak-anak muda
melayu yg berbakat serta berkemahiran tinggi dalam pembuatan songkok.Segala
penghasilan dan kualiti songkok dipantau oleh individu yang sangat berkemahiran
serta berpengalaman didalam bidang pembuatan songkok selama lebih 30 tahun agar
kualitinya tidak terjejas..
ANDONG WARISAN diuruskan oleh anak-anak Pengasas dan
sekumpulan Pencinta Warisan Melayu yang berpengalaman dan mempunyai kepakaran
yang tinggi serta berkemahiran dalam bidang pembuatan songkok.
WAWASAN
Menjadi Contoh serta Model dalam bidang pengeluaran songkok dalam
memperkenalkan dan mengangkat martabat Warisan Melayu Songkok di Mata Dunia..
OBJEKTIF
Menyediakan perkhidmatan pembuatan dan pengeluaran songkok baldu buatan
tangan yang berkualiti tinggi kepada pelanggan dalam memenuhi pemintaan
pelanggan di pasaran tempatan dan antarabangsa dan dapat dipakai oleh segala
lapisan masyarakat dan bangsa..