Sunday 9 November 2014

" Sejarah Andong Warisan "

  ANDONG WARISAN adalah sebuah syarikat pembuatan dan pengeluaran songkok yang berasal dari Batu Pahat, Johor dan telah di ilhamkan oleh
Tuan Hj Mohd Repangi Bin Hj Arba’i.

Beliau adalah seorang Guru yang amat menyayangi bangsanya dan risau akan arus kemodenan mampu menenggelamkan segala warisan Melayu sehingga segala warisan Melayu akan pupus ditelan zaman..

Dengan ini Beliau mendapat idea dan ilham untuk mencuba menghasilkan satu perniagaan pembuatan Songkok yang dapat mewariskan Warisan Melayu pada masa akan datang..

Beliau telah menggunakan nama produk “ Repangi ” sebagai jenama Songkok yang telah beliau hasilkan. Syarikat ANDONG WARISAN ini juga adalah 100% Hak milik bumiputera dan telah ditubuhkan pada tahun 1970.

Beliau memulakan perniagaan songkok ini secara kecil-kecilan sehingga mendapat permintaan yang banyak daripada orang ramai sehingga pengasas merasakan bahawa ingin  menjadikan perniagaan ini sebagai Platform kepada pewaris dan pelapis pada masa akan datang agar Warisan Melayu  tidak hilang ditelan Zaman.

Pengasas merupakan seorang yang berfikiran jauh serta mengharapkan bangsanya tidak akan lupa tentang sejarah kemelayuan. Ini kerana arus kemodenan semasa mampu menghilangkan Warisan Melayu dalam pemikiran anak-anak bangsanya. Ini mungkin kerana sifat dan naluri beliau sebagai seorang Guru serta pendidik yang membuatkan beliau amat menyayangi masa depan anak- anak bangsanya..

Tujuan utama syarikat ini adalah untuk memperkenalkan di mata dunia tentang Sejarah,Cara Kehidupan dan Pemakaian di Alam Melayu supaya Masyarakat di serata Dunia dapat mengenali dan belajar serta berkongsi keistimewaan yang dimiliki oleh masyarakat Melayu.

Pengeluaran dan penghasilan produk songkok ini dikelolakan oleh individu yang berkebolehan dan berkemahiran bagi mengisi permintaan pelanggan di seluruh Malaysia dan Antarabangsa..

Selain itu,Songkok keluaran kami ini adalah 100% hasil buatan tangan yang berpengalaman.Kami mempunyai pelbagai jenis kain baldu yang berkualiti tinggi serta memiliki rekaan dari yang klasik dan juga moden.Kami yakin anda akan berpuas hati dengan songkok keluaran kami kerana kami amat mementingkan kualiti.Pembuatan yg halus dan terperinci serta dihasilkan oleh anak-anak muda melayu yg berbakat serta berkemahiran tinggi dalam pembuatan songkok.Segala penghasilan dan kualiti songkok dipantau oleh individu yang sangat berkemahiran serta berpengalaman didalam bidang pembuatan songkok selama lebih 30 tahun agar kualitinya tidak terjejas..

ANDONG WARISAN diuruskan oleh anak-anak Pengasas dan sekumpulan Pencinta Warisan Melayu yang berpengalaman dan mempunyai kepakaran yang tinggi serta berkemahiran dalam bidang pembuatan songkok.

WAWASAN
Menjadi Contoh serta Model dalam bidang pengeluaran songkok dalam memperkenalkan dan mengangkat martabat Warisan Melayu Songkok di Mata Dunia..

OBJEKTIF
Menyediakan perkhidmatan pembuatan dan pengeluaran songkok baldu buatan tangan yang berkualiti tinggi kepada pelanggan dalam memenuhi pemintaan pelanggan di pasaran tempatan dan antarabangsa dan dapat dipakai oleh segala lapisan masyarakat dan bangsa..

No comments:

Post a Comment