Sunday 9 November 2014

" Asal Usul Songkok "

  Songkok merupakan sejenis topi tradisional bagi orang Melayu. Songkok juga dipakai sebagai pelengkap kepada baju Melayu yang dipakai untuk menghadiri majlis-majlis tertentu. Songkok ini popular di kalangan bagi masyarakat Melayu di Malaysia, Singapura, Indonesia dan selatan Thailand. Songkok ini dikatakan berasal daripada “Fez” yang dipakai di Ottoman Turki dan menjadi simbol identiti Islam.Menurut pakar, “Fez” ini menjadi popular di kalangan India Muslim dan  kemudiannya bertukar menjadi songkok di Alam Melayu.

   Dalam kesusteraan Melayu, songkok telah disebut dalam Syair Siti Zubaidah Perang Cina (1840) "...berbaju putih bersongkok merah....".

  Di Malaysia, pemimpin-pemimpin menjadikan Songkok sebagai satu pemakaian rasmi apabila menghadiri sesuatu upacara dan pertabalan.
Jika dilihat semua gambar Perdana Menteri Malaysia, didapati semuanya memakai Songkok.Ini merupakan satu lambang di dalam komuniti Masyarakat Melayu..

  Di Indonesia, songkok menjadi pemakaian kepala yang rasmi yang dipopularkan oleh Sukarno.Songkok dipakai oleh rakyat Indonesia bagi majlis-majlis rasmi seperti upacara perkahwinan atau cuti-cuti keagamaan seperti cuti Hari Raya Aidil Fitri danHari Raya Aidil Adha.

Bagi masyarakat Melayu, songkok menjadi pemakaian kepala yang rasmi ketika menghadiri uparaca-upacara rasmi seperti upacara perkahwinan, solat jumaat, upacara keagamaan dan sewaktu   menyambut Hari Raya Aidil Fitri dan Hari Raya Aidil Adha.Songkok juga dipakai oleh tentera dan polis Malaysia dan Brunei pada upacara-upacara tertentu.

   " Songkok ibarat Mahkota bagi kaum lelaki,berdiri megahnya dan segaknya umpama raja yg berdiri " petikan kata;- Anak Batu Pahat 

No comments:

Post a Comment